KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN UNTUK KEPERLUAN ANDA: ANTARA PERKHIDMATAN ADALAH SEPERTI:

  • KERJA KIMPALAN DAN STAINLESS STEEL
  • PENEMPAHAN BARANGAN BERASASKAN LOGAM
  • SEPERTI GRILL, RAK KASUT,PAGAR DAN LAIN-LAIN
  • KERJA PEMBINAAN BANGUNAN DAN PEMASANGAN PAIP
  • PENDAWAIAN ELEKTRIK
  • PENGIKLANAN (BANNER, BILLBOARD DAN LAIN-LAIN)
HUBUNGI KAMI: 019-7864897
EMAIL KAMI
;

JENIS MESIN KIMPALAN  

Posted in

Mesin kimpalan arka merupakan mesin yang direkabentuk untuk membekalkan arus yang sesuai serta cukup bagi kerja kimpalan. Terdapat 3 jenis mesin kimpalan yang biasa digunakan:

  • Jenis transformer
  • Jenis janakuasa
  • Jenis pelurus
Saiz mesin kimpalan ditentukan mengikut keupayaan pengeluaran arus elektrik (ampere) maksimum mesin itu. Saiz biasa didapati ialah 150, 200, 250, 300, 400, 500 atau 600 ampere.



Mesin Kimpalan Jenis Transformer Arus Ulang-Alik


Voltan tinggi dan ampere rendah daripada pembekal kuasa diubah kepada voltan rendah dan ampere tinggi yang sesuai untuk kerja kimpalan.

Kebaikan:
  • Tidak ada sumpitan arka,
  • Kos permulaan yang rendah,
  • Senyap,
  • kos penyenggaraan yang paling rendah,
  • sambungan fasa tunggal,
  • kos kendalian yang murah
  • sesuai untuk kerja kimpalan yang menggunakan arus elektrik yang tinggi dan elektrod besar.

Keburukan:
  • tidak semua elektrod boleh digunakan pada mesin jenis ini.
  • diganggui oleh pembekal kuasa.
  • pemilihan sifat arka tidak boleh dibuat.




Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Bermotor Arus Terus

Mesin ini sesuai dan amat berkesan untuk membekalkan arus kimpalan yang diperlukan (voltan rendah dan arus tinggi). Janakuasa mesin ini digerakkan oleh motor elektrik dan ia memerlukan bekalan arus ulang alik, biasanya 220V, 440V atau 550V 3 fasa untuk memusingkan motor dan menghasilkan arus terus.

Kebaikan:
  • Boleh menggunakan semua jenis elektrod,
  • Menghasilkan arka yang stabil dan lembut,
  • Tidak ada gangguan daripada bekalan kuasa,
  • Pemilihan arka yang sesuai boleh dibuat,
  • Amat sesuai digunakan untuk mengimpal kepingan logam,
Keburukan:
  • Mengeluarkan bunyi yang bising,
  • kos penyenggaraan yang mahal, kerana terdapat bahagian yang bergerak.
  • Walaupun kerja kimpalan tidak dilakukan, namum motor janakuasa tetap bergerak. Ini merugikan kuasa elektrik.
  • Kos permulaan yang mahal.
  • terdapat sumpitan arka (arc blow)




Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Arus Terus Pergerakan Enjin


Janakuasa mesin ini digerakkan oleh enjin pembakaran dalam (petrol atau diesel). selain itu, mesin ini juga dikenali sebagai mesin kimpalan jenis mudah alih

Kebaikan:
  • tidak bergantung kepada bekalan kuasa elektrik,
  • pemilihan sifat arka dapat dibuat
  • semua jenis elektrik dapat digunakan
Keburukan:
  • Mengeluarkan bunyi bising
  • Kos penyenggaraan yang mahal
  • kos permulaan yang tinggi, memerlukan bahan api
  • terdapat sumpitan arka/ arc blow




Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Arus Terus Pergerakan Enjin

Janakuasa mesin ini digerakkan oleh enjin pembakaran dalam (petrol atau diesel). Mesin ini dikenali sebagai mesin kimpalan jenis mudah alih kerana ia boleh digunakan untuk kerja luar atau mana-mana saja walaupun tempat itu tiada bekalan elektrik.

Kebaikan:
  • tidak bergantung kepada bekalan kuasa elektrik,
  • pemilihan sifat arka dapat dibuat
  • semua jenis elektrik dapat digunakan
Keburukan:
  • Mengeluarkan bunyi bising
  • Kos penyenggaraan yang mahal
  • kos permulaan yang tinggi, memerlukan bahan api
  • terdapat sumpitan arka/ arc blow

Blog Widget by LinkWithin

1 comments

Jenis pelurusn?

Post a Comment

Post a Comment



PROFIL

Status YM

Lokasi: Tiang Lampu 20, Jalan Pasar, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor


RAKAN