23
Oct
KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (Metal Inert Gas: MIG)
Posted in CERITA KIMPALAN
Merupakan proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam melalui pemanasan arka antara elektrod guna habis dengan benda kerja. Proses ini menggunakan gas sebagai perisai. Elektrod guna habis diulurkan dengan berterusan secara automatik melalui muncung pemegang. Arka dilindungi dengan gas Ar, He, campuran Ar + He dan CO2.
Sistem kimpalan MIG
- Mesin Kimpalan (Sumber kuasa)
- Bekalan gas perisai.
- Unit uluran dawai.
- Kepala kimpalan (pemegang)
- Benda kerja
Penggunaan
- Diguna dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi.
- Diguna dalam kilang pembuatan.
Kelebihan
- Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
- Proses lebih cepat.
- Hasil kimpalan bermutu tinggi.
- Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
- Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
- Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
- Boleh mengimpal kesemua logam utama.
Kekurangan
- Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
- Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
- Sistem tidak mudah alih.
- Pemegang elektrod perlu dekat dengan benda kerja untuk memastikan perisaian arka cukup.