KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN UNTUK KEPERLUAN ANDA: ANTARA PERKHIDMATAN ADALAH SEPERTI:

  • KERJA KIMPALAN DAN STAINLESS STEEL
  • PENEMPAHAN BARANGAN BERASASKAN LOGAM
  • SEPERTI GRILL, RAK KASUT,PAGAR DAN LAIN-LAIN
  • KERJA PEMBINAAN BANGUNAN DAN PEMASANGAN PAIP
  • PENDAWAIAN ELEKTRIK
  • PENGIKLANAN (BANNER, BILLBOARD DAN LAIN-LAIN)
HUBUNGI KAMI: 019-7864897
EMAIL KAMI
;

KIMPALAN ARKA  

Posted in

Memandangkan blog ni cam kosong jer, so aku sbgai admin mula start pikir cam ner nak penuhkan blog ni. Ader la orang kasi idea ”ape kate ko tambah citer pasal welding...kiter pun kat sini main banyak welding..terisi gak la blog tu....” jadi memandangkan aku ni jenis yg tak taw sangat nak post diari hidup ni, ok gak klau aku kongsi maklumat pasal kimpalan ni kat korang...kbanyakan aku copy paste nota ms blajar dlu, tp ader la edit sikit2...nak kasi sedap..ok kita start skrang..


Apa itu kimpalan

Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal , industri automotif dan sebagainya. Dalam kelas proses penyambungan, kimpalan ini termasuk dalam proses penyambungan kekal, berlaianan dengan rivet atau skru.



Kimpalan arka

kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Haba tinggi yang terhasil dapat meleburkan hujung elektrod dan logam asas dan menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek. Kerja kimpalan arka biasanya sesuai untuk kerja fabrikasi logam seperti pembinaan kapal terbang, dandang, jambatan dan lain-lain.



Prinsip kimpalan arka

  • Arka elektrik terbentuk apabila terdapat perbezaan voltan antara elektrod dengan logam.
  • Haba yang tinggi akan menghasilkan satu kolam leburan logam.
  • Pembakaran elektrod yang bersalut akan melindungi kolam leburan dan membentuk satu lapisan jermang.
  • Apabila logam lebur membeku, satu sebatian yang kuat dihasilkan iaitu kumai.





Litar Asas Kimpalan


  • Semua jenis proses kimpalan menggunakan litar asas yang serupa.
  • Sumber kuasa (A.U atau A.T) dilengkapkan dengan unit kawalan mempunyai 2 kabel.
  • Satu kabel disambungkan kepada benda kerja dan satu lagi kepada pemegang elektrod.
  • Haba lampau terjadi berpunca drpd arka yang memlompat melalui ruang udara di antara hujung elektrod dan benda kerja.

Blog Widget by LinkWithin

2 comments

tq

teima kasih sebab membantu saya dengan nota2 awak..mmg terbaik..saya otw nk temuduga pplv kimpalan.. teeori dh byk lpe dh..haha

Post a Comment

Post a Comment



PROFIL

Status YM

Lokasi: Tiang Lampu 20, Jalan Pasar, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor


RAKAN