23
Oct
KIMPALAN ARKA TUNGSTEN GAS (tungsten inert gas : TIG)
Posted in CERITA KIMPALAN
TIG adalah proses kimpalan yang menghasilkan tautan logam dengan memanaskannya dengan arka di antara elektrod tungsten yang kekal dan benda kerja. Gas lengai dibekalkan secara berasingan untuk memberi pelindungan kepada leburan logam. Gas pelindung yang biasa digunakan ialah argon, argon + hidrogen, helium dan campuran Ar & He.
Sistem kimpalan TIG
Sistem kimpalan TIG terdiri daripada komponen-komponen:
- Mesin Kimpalan
- Bekalan gas lengai
- Bekalan air penyejuk
- Kepala kimpal (pemegang)
- Benda kerja
Penggunaan
- Boleh mengimpal pelbagai ketebalan logam.
- Banyak digunakan untuk kepingan nipis yang mana mutu tinggi dan kemasan yang diperlukan.
- Boleh diguna untuk menyambung bahan yang berlainan.
- Menyaluti permukaan keluli.
- Mengeraskan permukaan keluli.
Kelebihan
- Sesuai mengimpal kebanyakan logam (ferus dan bukan ferus : Keluli, aluminium, magnesium, kuprum, gangsa, emas……….)
- Sambungan bermutu tinggi.
- Tidak berlaku percikan logam semasa mengimpal.
- Tidak perlu kerja pembersihan selepas kimpal.
- Kimpalan boleh dilakukan pada pelbagai kedudukan.
Kekurangan
- Prosesnya perlahan berbanding dengan proses yang menggunakan elektrod guna habis.
- Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
- Tidak boleh digunakan untuk logam yang mempunyai suhu lebur yang rendah.
- Proses sukar dilakukan secara automatik kerana logam pengisi perlu dibekalkan secara berasingan ke medan kimpal.