26
Oct
KIMPALAN STAD (STUD WELDING)
Posted in CERITA KIMPALAN
Pengenalan
- Satu proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan apabila wujud arka di antara stad logam dengan logam induk.
- Proses ini menggunakan penembak stad. Proses ini boleh dilakukan dengan gas pelindung atau tanpa gas pelindung.

Penembak Kimpalan Stad
Litar Elektrik Asas
Kimpalan Stad diguna kerana…..
Proses Gerudi
Proses ini lebih lambat, memerlukan bahan asal yang tebal dan stad yang lebih panjang
Insert
Boleh jadi longgar, menanggalkan cat, bahan asal perlu dikemaskan, Permukaan sebelah menjadi kurang kemas dan tidak rata, struktur bahan asal menjadi lemah
Back Welding
Proses lambat, perlu melubang, bahan asal perlu dikemaskan, kimpalan berlebihan perl dicanai dan dikemaskan, struktur bahan asal menjadi lemah.
Bolt & Nat
Proses pemasangan menyusahkan kalau bahan asal besar saiznya, perlu buat lubang dan perlu dikemaskan, tidak leakproof, struktur bahan asal jadi lemah, Kepala bolt tidak kemas dilihat
Konsep
- Apabila permukaan yang akan disambung dipanaskan pada suhu yang sesuai, ia rapatkan dengan menggunakan tekanan.
- Hujung stad direnggangkan sedikit dan menyebabkan arka terbentuk.
- Setelah hujung stad dan komponen melebur, stad dijunam semula sehingga terjadinya sambungan.
Ferrula
Fungsi:
- Untuk melindungi kawasan sambungan.
- Menumpukan haba yang terjana.
- Elakkan daripada pengoksidaan.
- Membendung logam lebur di zon kimpal.
Penggunaan Kimpalan Stad
Stad dapat menggantikan rivet, lubang berulir dan pengikat yang dikimpal secara manual.
Kimpalan stad diguna untuk:
- menyambungkan tangkai bagi peralatan dapur.
- Stad pemindahan haba pada dandang.
- Sirip sinaran pada motor.
- Assembly panel elektronik.
- Komponen pengikat (industri automatif, pembinaan kapal).